Monday 22 August 2011

Puding Karamel....



Saya akui saya ni memang hantu karemel... kalau letak lam peti ais kasi sejukk.. pergggghhhh.. memang terangkat sampai kehujung beranda.....

Bahan-Bahannya:

Telur Gred C 10 biji
Susu pekat manis 1 tin
Air Kosong 1 tin (sukat pakai tin susu)
sedikit garam
esen vanila

gula 2 sudu (untuk dibuat gula hangus)..



cara-caranya:

Panaskan air dalam periuk kukusan.. sukatan air tu nak senang letak separuh dr periuk kukusan td.... letak bayak takpe.. takyah kita nak risau air td kering masa mengukus....

ok, lepas letak periuk kukusan tu... ambik loyang, masukan gula td dan panaskan atas dapur.. masak bila nmpak gula td kekuningan keemasan tutup terus, jgn sampai hangus ya gula td nanti pahit sangat plak jdnya.... ok ketepikan loyang td...

seterusnya.. pukul telur td dalam bekas pakai garfu, masukan secubit garam, masukan susu satu tin, air satu tin dan esen vanila td... kemudia tapis bahan td untuk buang telur yang ketul2 yang tak hancur...

selepas itu, masukan bahan adunan td dalam loyang yang dibuat gula hngus td... n letak lam periuk kukusan.. masa mengukus lebih kurang 25-30 minit... jgn kukus lama sgt nanti puding jd tak cantik n tak sedap...

setelah siap.... angkat loyang tdi sejuk kan kejap lam 10-15 min... telangkupkan dalam pinggan besar... hati-hati tau jgn goyang kuat sangat loyang tu.. nanti hancur pudingkan..... pastu.. hiris siap-siap.. letak lam peti ais........




sejukkkkk.................makannnn................. nikmatttttttttttttttt........:D






No comments:

Post a Comment